TerasMalaysia

‘Bunga kubur’ sebenarnya banyak khasiat yang ramai tak tahu, boleh ubati sakit seperti kurang nafsu seksual

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

‘Bunga kubur’ sebenarnya banyak khasiat yang ramai tak tahu, boleh ubati sakit seperti kurang nafsu seksual.

SIAPA sangka bunga melur yang sinonim dengan tumbuhan di kawasan kubur sebenarnya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Banyak tumbuh meliar, kebiasaannya ia dijadikan sebagai tanaman hiasan bagi kaum India kerana bunganya akan dikutip untuk dijadikan kalung atau perhiasan rambut.

Namun tahukah anda, melur dikatakan boleh membantu merawat atau mengubati pelbagai gejala penyakit biasa seperti sakit kepala, kulit yang terkena sunburn, ruam, masalah kurang nafsu seksual, keletihan dan kemurungan.

Cara paling mudah untuk menikmati khasiat melur adalah dengan membuat teh bunga melur.

Seorang ahli terapi spa, Sarifa Redzuan berkongsi kebaikan teh bunga melur untuk kesihatan, antaranya:

'Bunga kubur' sebenarnya banyak khasiat yang ramai tak tahu, boleh ubati sakit seperti kurang nafsu seksual

1) Bagi kaum lelaki, teh melur dikatakan bagus dalam meningkatkan pengeluaran sperma serta membantu menyembuhkan punca kekejangan dan mati pucuk.

2) Merendahkan tekanan darah, menguatkan sistem imun dan mengawal proses penuaan dalam badan.

3) Minum teh melur secara kerap dikatakan mampu menghalang strok, arteriosklerosis dan serangan jantung.

4) Bagus dalam menyembuhkan insomnia dan tidur lebih berkualiti

5) Melawan selesema dan demam kerana ia mempunyai beberapa ciri antivirus dan antibakteria.

6) Aroma melur meningkatkan tenaga dan mengurangkan kebimbangan. Sambil minum dan menghidu aromanya, ia akan membantu anda menghilangkan stres dan kemurungan.

7) Menurunkan tahap kolesterol dan membantu mengurangkan berat badan. Ia kerana paras catechin yang tinggi, teh melur mempercepatkan metabolisme dan membantu badan membakar lebih banyak kalori.

8) Mempunyai kualiti dalam penenang di mana ia melegakan sakit-sakit badan. Oleh kerana ia mempunyai sifat antispasmodik, melur sangat berkesan untuk sakit otot, lenguh badan serta kebas.

9) Bagus dalam melindungi kulit. Ia mengandungi sifat antiseptik, antibakteria dan antiviral. Ia dapat membantu meningkatkan daya tahan kulit dan menawarkan perlindungan yang bagus dari dalam.

Berikut adalah cara penyediaan teh bunga melur:

  • Bahan-bahan yang diperlukan adalah beberapa kuntum melur (dibasuh) dan sekuntum bunga mawar (dibasuh).
  • Cara-caranya, rebus dan biarkan mendidih. Tapis dan tuang dalam cawan. Masukkan sedikit madu. Minumlah sebelum tidur dan amalkan seminggu dua kali.

Jangan tak tahu, bunga melur juga memang tidak asing dalam dunia kecantikan.

1) Untuk kecantikan kulit wajah

Bunga melur sangat bagus dalam menyihatkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit, mengimbangi kelembapan kulit di samping mengurangkan masalah kulit kering serta memudarkan parut jerawat.

Caranya ialah dengan tumbuk bunga melur, campur putih telur dan sapu pada wajah.

2) Lulur wangian melur

Sentallah badan seminggu dua atau tiga kali dengan lulur untuk kulit yang cantik dan badan yang wangi.

Bahan-bahannya:

  • segenggam melur dibasuh atau direndam
  • sekuntum bunga mawar di basuh atau direndam
  • 4 sudu tepung beras
  • 3 sudu susu segar

Kisar semua bahan sehingga sebati. Dan lulurlah di seluruh badan dan wajah.

3) Mandian wangian melur

Bahan-bahannya:

  • 10 kuntum mawar
  • 2 genggam melur
  • 1 kotak susu segar

Masukkan kesemua bahan dalam tub mandi yang diisi air. Rendamlah dalam tub mandi itu selama 20 minit. Bukan sahaja dapat menenangkan badan dan minda, tubuh pun terasa segar dan berbau harum!

Jom cantik secara alami… selamat mencuba!!

BACA:
Jepun pecah rekod, tak perlu tanam padi di kawasan yang luas, dalam bangunan pun boleh tuai hasil
Baru tahu sebenarnya watak Bo dalam Kampung Boy suara Sharifah Shahirah, siap buat ‘demo’ lagi
Niat bantu kawan perempuan tidur rumah berakhir penyesalan, terkejut bangun 2 pagi tengok suami tiada disebelah

Leave a Comment