Buruh Durjana Pegang Dada Kanak Kanak Perempuan

Buruh Durjana! Pegang Dada Kanak-Kanak Perempuan

Lagi kes amang fizikal seksual terhadap kanak-kanak. Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Tertuduh berusia 56 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut kira-kira jam 8.40 malam, 10 Disember lalu di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Mukim Guar Kepayang di Pendang.

Tertuduh didakwa dengan maksud seksual memegang dada kanak-kanak berkenaan yang difahamkan memiliki hubungan persaudaraan dengannya.

Sehubungan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan disebat.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Syaliati Mohd. Sobri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin, terdiri daripada ahli keluarganya sendiri dan dikenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Terdahulu Nor Syaliati memohon agar mahkamah menawarkan kadar jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh.

Tertuduh bagaimanapun memohon kadar jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia hanya bekerja sebagai buruh manakala isterinya pula hanya seorang petani dan mereka perlu menanggung lima anak.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Januari depan.

Gambar Hiasan

Abang Durjana Sanggup Rogol Adik Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *