
Cantiknya Lukisan Adik Ni. Tapi Tempat Yang Dia Lukis Tu…
Kanak-kanak zaman kini mempunyai banyak bakat yang jarang kita tahu. Kadang-kadang bakat mereka ini tidak diketahui kerana tiada sokongan atau bimbingan daripada ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa terlalu sibuk mengejar anak untuk pandai dalam semua subjek tetapi lupa untuk melihat bakat anak yang terpendam. Perkara ini selalu terjadi kepada kanak-kanak generasi sekarang.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi kisah ketika anaknya melukis di lantai. Namun, lukisannya pula mendapat perhatian ramai.
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sekadar ingin berkongsi kisah ketika anaknya sedang seronok melukis di lantai dengan menggunakan permanent marker.
Kapsyen di video itu turut menjelaskan cara baharu anaknya healing dengan melukis karakter doodle di atas lantai. Malah, dia juga turut pening memikirkan cara untuk memadam kesan lukisan itu.
Namun, rata-rata netizen pula memuji kecantikkan lukisan anaknya. Malah, si cilik itu juga berbakat dan dapat menghasilkan lukisan yang cantik.
Rata-rata memuji lukisan anaknya itu. Malah, mereka turut berkata bakat anaknya perlu diasah.