TerasMalaysia

Caprice cabar Ebit Lew hantar surat saman secepat yang mungkin terhadap Mondy Tattoo, tak gentar nak lawan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Caprice cabar Ebit Lew hantar surat saman secepat yang mungkin terhadap Mondy Tattoo, tak gentar nak lawan.

Kontroversi membabitkan wanita Indonesia dikenali Mondy Tattoo dengan pendakwah bebas Ebit Lew masih belum selesai dan sedang hangat diperkatakan.

Walau bagaimanapun, penyanyi rap Caprice seakan tidak gentar dan mencabar supaya pendakwah berusia 38 tahun itu supaya mempercepatkan urusan menghantar surat saman dalam hantaran terbaru di Instagram miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahagian kedua dan ketiga video pendedahan dari pihak Mondy akan disiarkan pada hari Jumaat ini dalam podcast yang sama.

Menerusi sedutan video akan datang, Mondy mendedahkan bahawa dia tidak pernah belajar mengaji al-Quran dan solat daripada isteri Ebit seperti yang dikatakan sebelum ini.

Tambah Mondy, pendedahan yang dibuat bukan satu fitnah atau cerita rekaan malah berharap agar segalanya akan terbukti jika tiba masanya.

Caprice cabar Ebit Lew hantar surat saman secepat yang mungkin terhadap Mondy Tattoo, tak gentar nak lawan

“Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.
Difahamkan, isu tersebut timbul semula selepas Mondy mendakwa seorang individu berperwatakan alim telah melakukan cubaan gangguan seksual terhadap dirinya dalam satu program podcast bersama Caprice.

Namun begitu, Ebit telah tampil membuat laporan polis malam tadi berhubung fitnah melampau dan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan.

BACA:
Lelaki pernah terperangkap dalam gudang ketagih simen, siap bancuh dalam air dan campur dalam makanan selama 3 tahun
Video ahli politik berbaring atas katil dengan pasangan tersebar, bakal bertanding merebut kerusi parlimen lagi sebulan
“Dia usap-usap tanganku, mau cium aku” – Mondy dedah apa yang terjadi saat ‘dibantu’ pendakwah terkenal

Leave a Comment