
Cara isteri bergurau masa suami outstation seminggu bertukar padah, nasib tak kena cerai
Kata orang, gurau tu biarlah bertempat. Sama seperti situasi ini di mana tindakan seorang wanita yang bergurau dengan memberitahu suaminya bahawa dia melarikan diri bersama bekas kekasih mengundang padah apabila ‘dihadiahkan’ penampar dan ugutan untuk bercerai.
Difahamkan, wanita tersebut bergurau dengan suaminya semasa dia menghadiri kursus selama seminggu di Kuala Lumpur dan tidak menyangka gurauannya itu diambil serius.

Sebaliknya, dia terkejut kerana suaminya sanggup pulang ke rumah biarpun perjalanan dari tempat kursusnya mengambil masa selama empat jam.
Walau bagaimanapun, si isteri masih boleh ketawa sambil memberitahu suaminya bahawa situasi dia melarikan diri bersama bekas kekasih hanyalah gurauan semata-mata.

Disebabkan tindakan suaminya itu, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa dan bernekad untuk membuat laporan polis biarpun baru empat bulan mendirikan rumah tangga.
Pun begitu, perkongsian wanita tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cara gurauan tersebut.
Baca : Kerana tanggungjawab yang dipikul, rider gigih hantar order sampai puncak Kinabalu