Cara Mudah Nak Buat Gambar Passport Tanpa Pergi Kedai Dan Tak Menggunakan Banyak Tenaga Dan Duit

Cara Mudah Nak Buat Gambar Passport Tanpa Pergi Kedai Dan Tak Menggunakan Banyak Tenaga Dan Duit

Gambar bersaiz pasport antara yang penting dalam urusan rasmi yang kebanyakkan akan digunakan untuk permohonan kerja, kemasukan taska, tadika, seko lah, universiti, permohonan pasport dan sebagainya jika berkaitan. Untuk membuat gambar bersaiz pasport di kedai semestinya akan memerlukan sedikit kos.

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat sendiri sahaja gambar pasport di rumah yang pastinya akan jimatkan kos dan masa anda tanpa menggunakan aplikasi, semoga membantu.

CARA BUAT GAMBAR PASSPORT SENDIRI TANPA GUNA APLIKASI

1. Ambil gambar macam biasa. Lebih kemas jika berpakaian formal.

2. Pergi dekat google dan taip sahaja remove bg ataupun tekan link ni.

https://www.remove.bg/

3. Bila dah keluar macamni boleh la mula masukkan gambar. Tekan upload image untuk masukkan gambar.

4. Bila dah masukkan gambar tadi auto hilang background belakang rumah yang tak diingini tuu.. Selepas itu, tekan edit.

5. Kemudian dia akan bawa kita ke sini. Pilih mana-mana background yang kita suka.

Kalau gmbar passport biasanya warna biru kan. Jadi, kita click biru. Background warna putih pun ada, background pemandangan pun ada. Pilih yang bersesuaian dengan tujuan anda.

6. Pilih biru untuk gmbar passport. Jangan lupa tekan anak panah tu untuk butang download. Tekan download image.

Gambar akan masuk dalam galleri phone kita. Dah siap! Itu sahaja.

Sumber

Baca : Jual Durian Ikut Kenderaan Yang Orang Pakai, Makin Mahal Kereta Makin Mahal Duriannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *