TerasMalaysia

Cara mudah nak segarkan kembali lepas makan petai, barulah nafas dan tandas tak berbau

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Cara mudah nak segarkan kembali lepas makan petai, barulah nafas dan tandas tak berbau.

Petai, sejenis ulam hutan, terkenal dengan kandungan nutrisinya yang berkhasiat bagi pemakannya.

Walaupun sering dijadikan ulam dan dimasukkan dalam hidangan seperti sambal udang atau bilis, petai sering dikaitkan dengan bau yang kurang menyenangkan disebabkan kandungan asid amino dalam bijinya yang mengandungi sulfur.

Tetapi, jangan risau! Terdapat enam kaedah yang dikongsikan oleh Syazlin Mansor untuk menghilangkan bau petai:

Cara mudah nak segarkan kembali lepas makan petai, barulah nafas dan tandas tak berbau

Makan 10 biji beras mentah selepas menyantap makanan berbau.

Kunyah terung mentah dalam jumlah yang sebesar ibu jari.

Kunyah timun.

Kunyah gula-gula getah.

Berus gigi selepas menggunakan dental floss dan berkumur dengan ubat kumur.

Makan pil pelawas untuk memudahkan proses buang air besar dan mempercepatkan penghadaman.

Bagi yang ingin menghilangkan bau petai dalam proses perkumuhan, beberapa cara lain yang boleh dicuba termasuk:

Sebelum dan selepas makan petai, minum tiga hingga empat teguk susu segar (susu lembu, unta, atau kambing).

Meminum air kopi o (kosong) juga dapat mengurangkan bau petai dalam najis dan air kencing.

BACA:
Cara sebenar tali seluar dimasukkan dalam getah pinggang, mati-mati ingat guna dawai
Walaupun berada didalam kereta yang terbakar, tumbler jenama milik wanita ini masih elok dan boleh diguna pakai
Penternak muda kongsi rahsia jadi jutawan, memiliki rumah dan kenderaan sendiri pada umur 19 tahun

Leave a Comment