Cara si ibu ini nasihat anaknya yang malu kerana naik kereta lama ini dipuji ramai

Cara si ibu ini nasihat anaknya yang malu kerana naik kereta ‘lama’ ini dipuji ramai

Di TikTok, viral aksi jujur seorang kanak-kanak yang malu menaiki kereta lama iaitu Proton Iswara menyebabkan dia menyorok di bahagian tempat duduk belakang.

Dalam video tersebut, kedengaran si anak berkata mahu membuang kereta itu ke dalam tong sampah ketika bapanya tidur.

Sepanjang perjalanan pada hari berkenaan, anaknya hanya menyorok di bahagian bawah kerusi kerana malu.

Shafina Nabilah berkata, video itu dirakam pada tahun 2021. Kereta ‘lejen’ itu sebenarnya milik atok dan akan dijual kerana dah lama tak naik.

Sebelum ada pembeli, suami saya pakai dulu masa tu. Suatu hari kami guna kereta tu ke car wash milik suami.

Felisha tak pernah lagi naik kereta ni, dan itu first time bagi dia. Saya tahu dia tak suka kereta jenis lama atau nampak buruk, jadi saya sengaja rakam video.

Tambah Shafina lagi, dia tak sempat rakam gelagat anaknya yang menyorok di bahagian bawah kerusi kerana malu. Sebagai ibu, dia tak berkecil hati nampak reaksi jujur anak kerana kereta itu memang nampak usang.

Sumber

Baca : Awas! Jangan ambil mudah masa mandi wajib, ini cara yang betul dan afdal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *