Cctv rakam jiran panjat tembok pergi rumah sebelah, kelakuan dia buat ramai terkejut
Selain wang, kesihatan yang baik dan keluarga bahagia, jiran prihatin juga boleh dianggap sebagai rezeki buat kita.
Terbaharu, seorang individu ada berkongsikan sebuah video di TikTok yang menunjukkan aksi jirannya memanjat pagar rumah mereka tanpa meminta izin.
Video menunjukkan perbuatan lelaki memakai baju berwarna merah jambu itu meragukan, akhir rakaman itu menunjukkan ‘adegan’ menyentuh hati ramai.
Jirannya itu hanya mahu mengalihkan ampaian pakaian bagi mengelakkan pakaian dijemur daripada terkena hujan.
Sebaik mengalihkan ampaian ke tempat yang redup, lelaki ini memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya.
Rakaman berdurasi 38 saat ini dipercayai dirakam menerusi CCTV rumah individu yang berkongsi video ini di media sosial.
Rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya.
Sebilangan besar menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu memandangkan aksi memanjat pagar itu kelihatan mencurigakan.
Namun, mereka rasa bersalah mengesyaki perkara tidak baik dan memuji tindakan lelaki tersebut.
Sikap prihatin lelaki dalam video tersebut wajar dijadikan dicontohi oleh orang ramai yang hidup berjiran.