TerasMalaysia

Cekal seorang suami jual sayur ditepi jalan dengan harga yang sangat murah demi tampung anak dan isteri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Cekal seorang suami jual sayur ditepi jalan dengan harga yang sangat murah demi tampung anak dan isteri

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang individu yang terpaksa cekal mencari rezeki dengan berniaga sayur berharga RM1 demi menyara isteri dan anak-anaknya.

Individu yang dikenali sebagai, Julamri, 45, itu menggunakan sebuah basikal untuk berniaga sayuran di tepi jalan dan dia juga menggunakan basikal tersebut untuk menghantar tiga orang anaknya ke sekolah setiap hari.

Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh seorang aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy yang hadir menyantuni individu tersebut.

@adrianedy7

Mengalir air mata pakcik Julamri, hadiahkan basikal baru buat dia, pakcik jual sayur RM1 di tepi jalan, paling banyak pernah dapat RM15 saja sehari, anak 5 orang, setiap pagi hantar anak ke sekolah gunakan basikal. Borong semua sayur pakcik jual 😭 #fyp #adrianedy

♬ SurgaMu – UNGU

“Setiap hari pakcik Julamri pergi hantar tiga anaknya yang masih bersekolah dengan menaiki basikal seawal pukul 5.30 pagi.

“Kemudian dia akan berniaga di tepi sebuah jalan di Putatan bermula jam 8 pagi. Kadang-kadang tak habis. Dia jual sayur RM1 seikat.

“Ketika saya jumpa dengannya, saya beli semua sayur, itu pun baru RM20. Dia kata dia tanam sendiri depan rumahnya. Kangkung, kacang dan timun merupakan antara sayur yang dijual.

“Harganya terlampau murah. Tapi sayur-sayur yang dijual sangat segar, berbeza dengan sayur di kedai. Cuma susah orang nak berhenti beli, dia berniaga di tepi lampu isyarat,” ujar Edy.

Dalam pertemuan itu, Edy turut membuat kejutan apabila memberi sumbangan wang tunai serta sebuah basikal baharu kepada Julamri.

Jelas Edy, dia mencari peniaga itu sejak tahun lepas lagi, namun baru berpeluang untuk berjumpa dengannya pada minggu ini.

“Saya belikan sebuah basikal untuknya. Dia macam terkejut. Dia kata macam bermimpi dapat basikal baru. Dia terus menangis kat situ.”

“Saya memang niat nak beli motosikal. Tapi dia tak ada lesen dan tak tahu menunggang motosikal. Sebelum ini dia guna basikal yang diberikan adiknya, dia nak beli sendiri tapi belum mampu,” cerita Edy lagi.

Menurut Edy, walaupun Julamri hidup dalam serba kekurangan, dia tetap akan bersedekah sayur-sayuran kepada jirannya setiap kali ia tidak habis terjual.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak setelah mendengar kisah kehidupan Julamri dan ada juga netizen yang mahu menghulurkan bantuan kepada pak cik tersebut.

Pada masa sama, netizen turut memuji keprihatinan Edy dan berharap dia terus membantu golongan memerlukan di negeri itu.

Sumber

Baca : Isteri risau suami tak balik, tak sangka ini yang terjadi lepas 2 hari ‘hilang’

Leave a Comment