TerasMalaysia

Celup kepala dalam air balang semata konten, ramai panas hati dengan cara mereka

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Celup kepala dalam air balang semata konten, ramai panas hati dengan cara mereka

Perbuatan mensia-siakan rezeki makanan adalah satu sifat keji dan buruk serta perlu ditinggalkan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video peniaga bazar Ramadan yang bertindak mencelup sebahagian badan dan kepala ke dalam balang air jualannya di bazar Ramadan sedangkan minuman tersebut masih lagi elok untuk diminum.

Perbuatan keji tersebut dibuat kerana minuman tersebut merupakan lebihan baki barang jualan yang tidak terjual.

Bahkan, ia dilakukan hanya sekadar untuk ‘modal’ bahan video untuk mendapat perhatian netizen.

Perbuatan mensia-siakan makanan ialah bertentangan dengan syariat Islam yang murni.

Seorang pempengaruh (influencer) seharusnya membuat bahan media yang berfaedah dan bermanfaat buat masyarakat.

Oleh itu, adalah tidak sepatutnya jika video yang tular itu dijadikan bahan lawak dengan menghina makanan.

Tambahan lagi, video berkenaan juga dianggap sebagai tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia ini di mana seluruh umat Islam sedang berpuasa.

Antara tujuan disyariatkan berpuasa adalah supaya segolongan umat Islam dapat merasa keperitan dan penderitaan segolongan lain yang diuji dengan kekurangan makanan.

Lebih-lebih lagi betapa ramai golongan yang susah serta miskin di luar sana yang kelaparan dan menahan dahaga bukan hanya disebabkan puasa, namun kerana memang tiada kemampuan untuk membeli makanan.

Baca : [Video] Ini Lah Yang Dikatakan ‘Sambil Menyelam Minum Air’ –  Gelagat Remaja Ini Bikin Dekah

Leave a Comment