Cemas! Si Ibu Trauma Selepas Jumpa Serpihan Kaca Dalam Air Dibeli Anaknya Di Luar Sekolah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Cemas! Si Ibu Trauma Selepas Jumpa Serpihan Kaca Dalam Air Dibeli Anaknya Di Luar Sekolah

Menerusi perkongsian Syaa Sabri baru-baru ini, dia mendakwa serpihan kaca itu terlihat seperti air batu, namun merasakan ada yang tidak kena dengan ais berkenaan.

Ini kerana ‘ais’ itu langsung tidak mencair walaupun air berperisa oren yang dibelinya sudah habis disedut.

Tambah memeranjatkan, wanita ini mendakwa keempat-empat air yang dibeli untuk anaknya itu dipenuhi serpihan kaca dan ada beberapa bahan tajam itu sudahpun pecah menjadi butir lebih kecil.

“Setelah selesai minum, saya pun tengoklah dalam gelas. Eh..! Kenapalah ais ni tak cair lagi padahal air habis dah dan pelik ais nampak macam bentuk lain. Biasa bulat-bulat atau leper gitu.

“Tengok di dalam gelas terdapat penuh serpihan kaca di empat gelas yang di beli. Dan serpihan itu juga ada yang telah masuk ke mulut saya kerana sangkaan ianya ialah ais batu untuk dikemam.

“Tengok ke kaca tu, Allahuakhbar Allah ja tahu perasaan masa tu. Runsing sebab Naura and Aisyah pun ada minum air oren tu,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Pada perkongsian itu, Syaa turut menunjukkan bukti sisa air oren di mana cawannya dipenuhi serpihan kaca yang terlihat seolah-olah seperti ais.

Menyedari hal itu, dia juga sempat mengumpulkan minuman anak-anaknya dan melihat semula jika benar ais yang berada di dalam cawan itu adalah kaca.

“Sah! Semua penuh kaca dan ada yang dah jadi serpihan kecil,” katanya sambil meluahkan rasa bimbang dengan kecuaian yang dilakukan penjaja ini

Dia tidak dapat membayangkan apa yang jadi pada kanak-kanak lain yang turut membeli air minuman di kedai itu.

“Trauma gila dah rasa ni tengok air batu pun rasa macam takut gitu. Dan terfikir bagaimanalah nasib budak-budak yang membeli juga di kedai tersebut.

Pada hari hantaran dibuat, wanita berkenaan memaklumkan dia dan anak-anaknya sudah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kerana bimbang seandainya kaca itu memasuki bahagian usus.

Bagaimanapun, sebahagian warganet berpendapat kemungkinan peniaga sendiri terperangkap dengan pembekal ais yang tidak jujur kerana kesemua air minuman yang dibelinya terisi kaca.

Sebilangan yang lain pula menyarankan agar wanita itu membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan sekaligus mendedahkan kecuaian itu di pihak mana sebenarnya.

Sumber

Baca :Sotong Gergasi Sepanjang 2.5 Meter Berjaya Dirakam Oleh Penyelam Skuba Buat Ramai Terpegun

Leave a Comment