Ceramah Ustaz Wadi Annuar dibatalkan JAIS di Selangor berpunca dari WAHABI?

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ceramah Ustaz Wadi Annuar dibatalkan JAIS di Selangor berpunca dari WAHABI?

Baru-baru ini, majlis ilmu seorang lagi penceramah bebas yang popular, Mohamad Wadi Annuar yang dijadualkan akan diadakan di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini dibatalkan.

Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar berkata, dua lokasi itu ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab pembatalan ceramah berkenaan.

“Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.

“Segala kesulitan amat dikesali. Semoga ALLAH SWT memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.

Tiada lagi maklumbalas atau kenyataan rasmi daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai isu yang timbul.

Sebagai rekod, kuliah maghrib perdana oleh pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong sebelum ini pernah dibatalkan oleh pihak JAIS.

Hal ini adalah disebabkan penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Pihak JAIS juga menegaskan pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Sumber

Baca : Ibu terkejut lepas dapat tahu punca kenapa anak umur 14 tahun sukar buang air besar

Leave a Comment