China dilanda fenomena luar biasa, terkejut penduduk tengok keadaan sekeliling

China dilanda fenomena luar biasa, terkejut penduduk tengok keadaan sekeliling

Penduduk di China telah digemparkan dengan satu fenomena yang aneh dimana negara tersebut telah dilanda ‘hujan cacing’ sehingga terpaksa menggunakan payung untuk keluar dari rumah.

Mana tidaknya, pada Rabu lalu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan keadaan di sekitar kawasan bandar dipenuhi dengan cacing di atas jalan malah menutupi kereta penduduk.

Susulan kejadian itu, media El Heraldo melaporkan penduduk Beijing dinasihatkan meninggalkan rumah masing-masing dengan payung.

Menerusi klip berita tersebut, penduduk boleh dilihat menjalankan aktiviti harian mereka dengan berpayung untuk mengelak daripada terkena cacing yang jatuh.

Sementara pihak berkuasa China masih belum mengeluarkan sebarang punca di sebalik fenomena pelik tersebut, pelbagai teori mula muncul di platfrom dalam talian.

Terdapat pihak berpandangan lendir jatuh itu berpunca daripada sejenis bunga yang banyak ditanam di kawasan sekitar bandar raya tersebut.

Katanya, bunga jenis tersebut yang memiliki banyak benih itu sering kali disalah anggap seperti ulat bulu apabila ia luruh.

Satu lagi teori pula mencadangkan bahawa cacing itu jatuh selepas dihanyutkan angin kencang.

Teori berkenaan disokong oleh jurnal saintifik, Mother Nature Network, yang menjelaskan bahawa jenis kejadian dengan haiwan itu berlaku selepas ribut melanda.

Pada 2011, fenomena serupa turut pernah berlaku di Edinburgh, Scotland.

Guru latihan fizikal, David Crichton sedang mengendalikan kelas bersama muridnya ketika dia mendengar ‘dentuman lembut’ di padang buatan, sebelum kemudiannya mendongak untuk melihat berpuluh-puluh cacing jatuh dari langit.

David yang ketika itu berusia 26 tahun berkata, dia dan guru lain di sekolah tersebut bingung dengan kejadian itu.

Mereka kemudiannya menemui lebih banyak cacing di sekitar gelanggang tenis sekolah tersebut.

Sumber

Baca : Najis kucing jatuh dari langit, angkara siapa?

Leave a Comment