
Cikgu Ini Belikan Kasut Untuk Muridnya Buat Netizen Terharu
Cikgu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.
Cikgu umpama ibu bapa kedua yang mana menjaga kita di sekolah dan memberikan didikan yang terbaik. Pastinya, seorang cikgu tidak sampai hati melihat anak muridnya dalam keadaan susah.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini seorang cikgu belikan kasut untuk anak murid mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tcer.nana, pada awalnya dia berasa kasihan melihat anak didiknya memakai kasut yang lusuh dan lama.
Tidak boleh membiarkan perkara itu terus berlaku, dia bagaimanapun membelikan kasut yang baru untuk kedua muridnya itu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anak muridnya dilihat sangat gembira dan terus memakai kasut yang baru dibelikan.
Moment yang membuatkan ramai kagum apabila anak muridnya itu menerima sahaja hadiah dari cikgunya walaupun ianya sedikit longgar.
“Longgar pun tak apa”, kata anak muridnya.
“Ibu tak ada duit”, kata salah seorang anak muridnya lagi. Perkara itu membuatkan ramai rasa sebak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen simpati dengan nasib murid tersebut yang tidak mampu untuk memakai kasut yang baharu namun kagum dengan sikap mereka yang merendahkan diri serta menghargai hadiah yang diberi.