TerasMalaysia

Lepas Ni Kena Cari Tempat Lain! Netizen Bantu Cikgu Buat ‘Spotcheck’ Masa Live

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lepas Ni Kena Cari Tempat Lain! Netizen Bantu Cikgu Buat ‘Spotcheck’ Masa Live

Beginilah kehidupan di asrama satu satu masa dahulu banyak kenangan manis dan pahit menjadi kenangan ketika di zaman persekolahan. Tidak seperti di rumah, kebebasan di asrama ada sempadannya. Ini kerana kebanyakan penghuninya adalah mereka yang masih bersekolah dan berada di bawah umur.

Bagaimanapun, seiring peredaran waktu, kehidupan di asrama juga mula berubah. Dengan pelbagai aplikasi yang terhidang, orang luar kini boleh melihat bagaimana spotcheck atau pemeriksaan mengejut dilakukan oleh para warden atau penjaga para pelajar di asrama.

Melalui perkongsian netizen di Twitter, seorang guru yang dipercayai merangkap penjaga pelajar-pelajar asrama sekolah telah membuat siaran langsung sambil melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pelajar asrama.

Di dalam video tersebut, kelihatan guru tersebut membuat rondaan di sekitar bilik sambil membaca komen-komen netizen yang memberi beliau tips dimanakah barangan terlarang seperti rokok dan telefon bimbit disimpan.

Netizen meminta agar guru tersebut untuk memeriksa di bawah katil kerana ujarnya lokasi tersebut selalu menjadi tempat persembunyian rokok. Sebahagian lagi meminta agar guru tersebut melihat di bahagian belakang tingkap atau di celah-celah almari kerana di situ selalunya menjadi tempat persembunyian telefon bimbit.

‘Smartphone’ Android Boleh Sembunyikan Aplikasi? Ini Caranya

Leave a Comment