TerasMalaysia

Cikgu selar penggubal silibus topik mata wang, pelajar darjah 3 dapat soalan matematik yang susah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Cikgu selar penggubal silibus topik mata wang, pelajar darjah 3 dapat soalan matematik yang susah.

Seorang guru Matematik, Mohd. Fadli Mohamed Salleh, menyelar penggubal silibus topik wang bagi tahun tiga yang dianggap melampau.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, soalan tersebut meminta supaya pelajar menyatakan nilai mata wang di beberapa buah negara berbanding dengan RM1.

Menerusi hantarannya di Facebook, Mohd. Fadhli mempersoalkan kepentingan topik tersebut bagi anak-anak tahun tiga.

“Sat lagi nak masuk mengajar kelas tahun tiga, topik wang. Sebagai guru Matematik berdedikasi, aku selak la dulu buku nak bagi bersedia ajar lepas ni.

“Buka ja muka surat ni, markonah betul soalan pun. Awak ni siapa? Awak tinggal kat sini ke? Apa benda ni? Tak ada akidah punya soalan.

Cikgu selar penggubal silibus topik mata wang, pelajar darjah 3 dapat soalan matematik yang susah

“Ni bukan budak tak boleh jawab, pegawai bank pun tak tau nak jawab.

“Apa kepentingan topik ni buat budak darjah tiga? Tolong penggubal silibus ni senaraikan lima kelebihan budak sembilan tahun belajar topik ni,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau pasti soalan demikian juga sukar untuk dijawab oleh penggubal silibus itu sendiri.

“Ni kalau aku soal penggubal silibus berapa Kyat untuk RM1 pun pasti dia tak boleh jawab, melainkan dia Google dahulu.

“Entah bila la silibus baru nak ganti ni. Melampau sangat silibus yang budak duk belajar sekarang ni.

“Aku nak ‘skip’ ja muka surat ni. Ni kalau ada PPD ke, JPN ke, nazir ke, orang BPK ke datang tanya kenapa ‘skip’, aku suruh dia mengajar topik ni,” tambahnya.

BACA:
Tak sangka ini punca laut di Selat Gibraltar bersatu dipermukaan tapi terpisah aliran air
Pegawai keselamatan telan duit penumpang RM1,400, curi masa mangsa menjalani imbasan badan
Pernah tular tunjuk isyarat jari tengah jika permintaan tidak ditunaikan, peminta sedekah warga asing ditahan

Leave a Comment