
Cikgu Suruh Pelajar Masuk Islam Kalau Nak Jadi Pemain Bola Sepak, Ini Tindakan Pelajar Itu
Akibat tidak berpuas hati tindakan seorang guru lelaki mendorong anak lelakinya memeluk agama Islam, seorang ibu bertindak membuat laporan polis, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, laporan tersebut dibuat seorang wanita tempatan pada pukul 10.21 pagi.
“Wanita tersebut melaporkan, seorang guru lelaki telah mendorong anak lelakinya yang berusia 15 tahun memeluk agama Islam, kerana ia boleh meningkatkan peluangnya untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan.
“Akibat tidak berpuas hati tindakan guru itu, ibu pelajar tersebut tampil membuat laporan polis,” katanya.

Menurut Zam Halim, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan.
Seksyen 298A meneliti kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat, atau menjejaskan pengekalan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama manakala Seksyen 505(b) memperkatakan mereka yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.
“Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.
“Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini,” jelasnya.