“Daddy, itu hantu ke?” – Kelakuan anak jadi pelik lepas bawa bantal berbentuk dari rumah nenek

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Daddy, itu hantu ke?” – Kelakuan anak jadi pelik lepas bawa bantal berbentuk dari rumah nenek. Sudah banyak kisah seram yang dikaitkan dengan anak patung seolah-olah mempunyai ‘nyawa’ sehingga menimbulkan kejadian mistik. Seorang pengguna Facebook bernama Tengku Adzim berkongsi kisah seram yang telah terjadi pada anaknya setelah membawa pulang bantal lama yang berbentuk patung dari rumah nenek.

Pada awalnya, mereka hanya fikir bantal tersebut adalah bantal biasa kerana tidak perasan bantal itu berbentuk seperti patung. Pada malam itu, anaknya yang bernama Isaac tidak dapat tidur sehingga lewat pagi dan kadang-kala dapat dilhat Isaac berborak dengan bantal tersebut seperti kawan.

Isaac mula bersikap pelik seperti ketakutan sehingga enggan menjauh dan sentiasa menghimpit rapat ayahnya. Belum sampai 15 miniit hantar Isaac ke bilik, Isaac keluar semula lalu bertanya mahu tidur di mana? Ayahnya berasa pelik dengan soalan itu seolah-olah ada ‘seseorang’ telah mengambil tempat tidur Isaac. Ketika sedang tidurkan sekali lagi, Isaac ternampak bantal itu bergerak-gerak.

"Daddy, itu hantu ke?" - Kelakuan anak jadi pelik lepas bawa bantal berbentuk dari rumah nenek

Setelah memeriksa CCTV dalam rumah, ayah dan ibu Isaac dapati memang kelakuan Isaac sangat pelik pada malam itu dan terus mereka meletakkan patung itu ke luar rumah tanpa diketahui oleh Isaac. Apa yang mengejutkan adalah Isaac marah dan bertanya kenapa bantal patung itu dibuang. Padahal ketika bantal itu dibuang, Isaac sedang tidur.

Tengku Adzim sempat menasihati supaya elakkan simpan benda menyerupai patung di dalam rumah.

BACA:
Kerap berpeluh, hiperaktif dan tak boleh tidur, budak berusia tiga tahun ini positif dadah lepas minum air jiran
“Kerana kehancuran ‘masjid’ itu memberi kejayaan kepada syaitan” – Ustaz Dusuki selar tindakan Puteri Sarah
Kedai makan yang sangat kreatif dan seram, pelanggan dapat menjamu selera sebelah mayat

Leave a Comment