‘Dah lambat’ – Nabila Razali naik motorsikal pergi show

‘Dah lambat’ – Nabila Razali naik motorsikal pergi show

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali terpaksa menahan penunggang sebuah motosikal selepas dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika ingin menghadiri sebuah acara pada malam Ahad.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Nabila dilihat menumpang seorang lelaki yang berbaik hati menumpangkannya untuk ke acara tersebut memandangkan dia sudah terlambat dan perlu membuat persembahan.

Jelas Nabila, lokasi program itu berlangsung hanya beberapa meter daripada lokasi dia terperangkap membuatkan dia terpaksa menahan penunggang motosikal untuk menghantarnya.

“Dah lambat nak pergi show, Nabila terpaksa tahan motosikal nak tumpang. Jalan sesak teruk, tinggal beberapa meter sahaja lagi nak sampai,” katanya.

Dalam video itu juga, Nabila yang memakai pakaian serba hitam meminta izin lelaki berkenaan untuk memegang begnya agar kedudukannya lebih stabil ketika membonceng motosikal berkenaan.

“Maaf saya pegang beg, ya. Jangan laju-laju,” katanya kepada penunggang motosikal berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Ipoh ketika Nabila dalam perjalanan ke Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh bahawa penunggang motorsikal tersebut bertuah.

Malah mereka juga bimbang keselamatan Nabila yang tidak memakai topi keselamatan dan juga cara duduknya.

Sumber

Baca : Ratu cantik buat aksi macam ‘mat rempit’ sebab lambat nak ke hotel, siap bawa pembonceng lagi

Leave a Comment