TerasMalaysia

Dah Nak Kahwin Awal Tahun Depan, Individu Baru Tau Perangai Sebenar Tunang, Menyesal!

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kebersihan diri itu bukan pada penampilannya sahaja, kawasan sekeliling, kereta dan bilik juga melambangkan kebersihan seseorang. Kalau bilik korang kotor, korang selesa tak?

Lagi-lagi pula kalau seseorang itu sudah hampir untuk mendirikan rumah tangga dan berkongsi kehidupan mereka bersama orang lain. Mesti kita akan cari pasangan yang serasi dan selesa dengan kita.

Baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter, mengenai seorang individu yang meluahkan rasa kecewa dengan perangai tunangnya telah mendapat perhatian warganet.

Melalui ciapan tersebut, dapat dilihat seorang individu yang meluahkan perasaan dan keresahannya melalui akaun Twitter @ConfessTweetMY

Si pengadu juga ada memberitahu yang dia sudah hampir setahun bersama tunangnya dan merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.

“Bilik bau kepam! Busukk!!”

Apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila dia mendapat tahu keadaan bilik tunangnya itu semasa dia menerima jemputan makan bersama keluarga tunangnya di rumah mereka.

Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik tunangnya itu, dia terhidu bau kepam yang sangat menyucuk hidung dan kelihatan juga keadaan bilik yang sangat bersepah dengan Maggi cup dan beberapa tin kosong yang berselerak.

Bukan itu sahaja, dia mengesyaki bau kepam di dalam bilik itu datang dari tuala basah yang diletakkan sahaja di atas tilam.

Macam mana nak kahwin ni?

Sumber dari Twitter

Si pengadu memberitahu, kini dia berasa geli apabila melihat tunangnya itu walaupun berada dalam keadaan kemas.

Dia tidak pernah menyangka bilik tidur tunangnya itu sangat kotor, serta dia juga meluahkan rasa stress apabila terfikir akan perkahwinannya yang dijangka akan berlangsung tahun hadapan.

Apa komen warganet?

Rata-rata warganet memberi cadangan kepada pengadu itu agar dia bersemuka dan memberitahu tunangnya itu agar dia mengubah perangainya sebelum berkahwin.

Leave a Comment