TerasMalaysia

Dapat ‘tangkap’ tunangnya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam rumah sewa, lelaki ini lega semua terbongkar sebelum berkahwin

Dapat ‘tangkap’ tunangnya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam rumah sewa, lelaki ini lega semua terbongkar sebelum berkahwin

Patah hati seorang lelaki apabila mendapati tunangnya curang dengan lelaki lain. Lebih menyakitkan lagi, lelaki itu sendiri mencekup tunangnya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam rumah sewa.

Menurut Rizal, dia datang untuk berjumpa dengan tunangnya di rumah sewa. Namun tidak menyangka tunangnya itu rupa-rupanya sedang ditemani lelaki lain yang dipercayai pasangan curangnya.

Rizal mengakui dia terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Ketika tunangnya cuba menutup pintu rumah, Rizal segera menghalang dan menolak pintu itu.

Orang ketiga itu kelihatan panik, terus keluar dari rumah, manakala tunangnya terkejut dan bingung.

“Kantoi.. kantoi curang. Okay. Aku dah bertunang dengan dia. Okay, terima kasih. Kantoi dah curang, patutlah tak boleh jumpa.

“Alhamdulillah, ya Allah akhirnya kantoi juga,” kata Rizal.

Netizen menasihatkan Rizal usah terlalu kecewa kerana dia sebaliknya harus bersyukur tunangnya menunjukkan perangai sebenar sebelum berkahwin.

Sumber

Baca : Wanita hamil 22 minggu maut ditikam bertubi-tubi oleh teman lelaki

Leave a Comment