Datin Alyah Sekolahkan Warganet Sebab Samakan Mukanya Dengan Ira Kazar Aku Ni Alyah Alyah U All
< div data-ad-id="1209" style="text-align:left; margin-top:px; margin-bottom:px; margin-left:px; margin-right:px;float:none;" class="afw afw_custom afw_ad afwadid-1209 ">

Datin Alyah Sekolahkan Warganet Sebab Samakan Mukanya Dengan Ira Kazar – “Aku Ni Alyah, Alyah U All”

Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen yang kerap meninggalkan komen di laman sosial dengan mengatakan wajahnya sama seperti kebanyakkan orang.

Biarpun menyedari dalam dunia ada peladuk dua serupa namun Alyah menegaskan dia juga mempunyai wajah dan identiti tersendiri.

“Setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Kalau ikutkan saya ini dah tua dah, lahir pun 1981. Terpaksa pula kita ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu ya. Pening,” – Alyah

Meskipun tidak menyebut mana-mana pihak tetapi rata-rata netizen mengaitkan wajah Alyah persis isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Isteri kepada pemuzik terkenal Datuk Ramli MS ini turut memohon agar semua netizen berhenti mengatakan wajahnya sama seperti mana-mana individu.

Sumber

Baca : Tular Video Jurunikah ‘Sound’ Orang Main Lato-Lato Masa Akad Nikah Disebuah Majlis – “Kan Dah Malu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *