Dato’ Seri Vida kehilangan orang gaji, sanggup panjat pagar berdawai untuk bersama ‘pakwe’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Dato’ Seri Vida kehilangan orang gaji, sanggup panjat pagar berdawai untuk bersama ‘pakwe’. Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B memaklumkan yang pembantu rumah di kediaman mereka telah melarikan diri.

Bibik lari pulak

Menerusi ciapan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dia menyatakan bibik-bibik tersebut telah meninggalkan rumahnya kerana mengikut lelaki yang mungkin teman lelaki mereka.

Usaha jumpa lelaki tu bukan main2

Ujar Cik B lagi, pembantu rumah tersebut sanggup meninggalkan bilik baru yang diberi majikan dan rumah mewah tempatnya bekerja dengan memanjat dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi sebelum lari dengan seorang lelaki.

Dato’ Seri Vida kehilangan orang gaji, sanggup panjat pagar berdawai untuk bersama 'pakwe'

Tambahnya secara berseloroh, dia berharap agar lelaki tersebut menghargai usaha bibik itu kerana bukan mudah untuk melarikan diri dalam kondisi yang boleh membahayakan nyawa sendiri.

Tengah musim bibik lari ke ni?

@cikb_havoc Bibik lari huhu #funny #viral #joke #tiktokmalaysia #fyp ♬ Sweet Sunset – Tollan Kim & dulai

Perkongsian Cik B itu telah mendapat perhatian ramai dan meninggalkan komen di TikTok remaja tersebut dengan bertanyakan adakah sedang musim bibik lari dari rumah majikan ketika ini.

Mereka juga sempat bergurau dengan meminta kerja kosong di rumah Dato’ Seri Vida memandangkan ada beberapa kekosongan dalam jawatan pembantu rumah.

BACA:
Akibat hujan dan permukaan licin, kereta Google Maps terkandas dalam kebun tebu
“Kerana kehancuran ‘masjid’ itu memberi kejayaan kepada syaitan” – Ustaz Dusuki selar tindakan Puteri Sarah
Wanita terkejut tengok rakaman cctv, nampak bomoh buat ‘ritual’ dekat bangkai binatang

Leave a Comment