Dato’ Siti Nurhaliza Buat Ramai Terpukau Di Konsert AR Rahman
Persembahan duet, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman menerusi lagu Tamil klasik Munbe Vaa berjaya memukau seramai 60,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penampilan Siti pada malam itu sebagai penyanyi jemputan untuk menyemarakkan konsert mega, Konsert AR Rahman – Secret Of Success – Live In Malaysia anjuran DMY Creation Sdn Bhd.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Siti menganggap peluang berduet dengan AR Rahman itu satu penghormatan dalam sejarah karier seninya.
“Bro terkejut dengar siti nyanyi sampai bergegar camera hahaha” – Netizen
Susulan tularnya video itu, rata-rata netizen turut terpukau dengan suara lunak Dato Siti Nurhaliza.
Sumber
Baca : Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Kena Mengurat Dengan Auntie Raih Perhatian Netizen