‘Datuk’ ditahan SPRM, Wang RM38 juta dan 200kg emas hasil penyeludupan barang haram dirampas

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

‘Datuk’ ditahan SPRM, Wang RM38 juta dan 200kg emas hasil penyeludupan barang haram dirampas. Ahli perniagaan bergelar Datuk bersama kuncunya telah ditahan bersertakan wang tunai bernilai RM38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram yang dianggarkan bernilai RM60 juta serta 17 biji kereta mewah. Rampasan itu dibuat dalam Op 82S yang diadakan secara besar-besaran pada Isnin lepas.

Memetik laporan Buletin TV3, pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan operasi besar-besaran itu sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Katanya, sebanyak 34 lokasi serbuan dilakukan secara serentak di Kuala Lumpur dan Selangor membabitkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi.

“Operasi yang diberi nama Op 82S adalah kes pertama dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan Peguam Negara.”

'Datuk' ditahan SPRM, Wang RM38 juta dan 200kg emas hasil penyeludupan barang haram dirampas

“Operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Siber Sekuriti Malaysia (CSM).”

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

BACA:
Wanita terkejut terakam lembaga hitam depan katil buat ramai meremang
lelaki dedah layanan ‘pilih bulu’ pihak bank, dihalau pulang kerana pakai baju koyak
Sepasang pelajar membatu lepas disergah dengan sekuriti, kantoi berduaan dalam tandas mall

Leave a Comment