TerasMalaysia

DBKL Dedah Kenapa Pemandu Ini Berhenti Mengejut Ditengah Jalan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

DBKL Dedah Kenapa Pemandu Ini Berhenti Mengejut Ditengah Jalan

Sebuah kenderaan berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan pagi tadi telah mengejutkan pengguna lain di Jalan Kuching, ibu negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pihaknya menerima maklumat kejadian yang berlaku pagi tadi telah mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan.

DBKL kemudian mendedahkan bahawa insiden kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba disebabkan pemandunya dikatakan mengalami anxiety.

Walau bagaimanapun, tindakan pantas yang dilakukan oleh pasukan penyelamat, pegawai trafik serta pasukan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) DBKL, berjaya mengawal situasi tersebut dengan segera.

Difahamkan, pemandu wanita tersebut berjaya ditenangkan serta dibawa keluar dari kenderaannya. Kemudian, kenderaan milik wanita tersebut pula dialihkan ke bahu jalan untuk mengurangkan kesesakan trafik.

Di samping itu, pihak DBKL turut berharap agar semua terlindung daripada sebarang perkara yang tak terduga.

Maut! Bergaduh Ketika Mabuk

Leave a Comment