Demi agama, sayang dan masa depan, suami hadiahkan hantaran yang buatkan isterinya terkedu tanpa kata

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Demi agama, sayang dan masa depan, suami hadiahkan hantaran yang buatkan isterinya terkedu tanpa kata. Jika lazimnya kilauan intan, berlian dan batu pertama menjadi antara hamparan di dulang hantaran, lain pula kisahnya dengan sepasang ‘Raja Sehari’ yang mengambil keputusan untuk menzahirkan kelainan dalam menterjemah erti cinta selepas dua tahun mengenali hati budi.

Tekad sebulat hati pasangan merpati dua sejoli ini pada mulanya menyebabkan orang tua sekadar membungkam, namun selepas setiap butir asas dan sebab di sebalik hadiah ‘cinta suri’ ini dikongsikan, akhirnya juraian tangisan bangga ibu bapa menjadi penutup bicara.

“Faiz sedar duit bukan segalanya dan menjadi pengukur utama cinta kepada Nad, tetapi andai ada musibah menimpa, duit bakal menjadi ujian tegar buat kami,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu dengan penuh hikmah ketika dalam pelukan kedua orang tuanya.

Menyingkap semula petang yang membawa kepada keputusan besar sedemikian, Muhammad Faiz Md Hashim ketika itu memerah keringat minda dalam memikirkan apa hadiah terbaik buat suri hidupnya.

Puas dibelek segenap helaian iklan dikongsikan rakan sekerja yang bersungguh-sungguh cuba memberikan buah fikiran. Tidak cukup dengan itu, habis pelbagai laman web yang menawarkan pakej hadiah hantaran diselongkar. Buntu jua jawapannya.

Demi agama, sayang dan masa depan, suami hadiahkan hantaran yang buatkan isterinya terkedu tanpa kata

Sehinggalah terpacul soalan di benak hatinya, hadiah apa yang terbaik untuk diberikan sebagai pengganti diri. Hadiah yang mampu mengukir ingatan buat sang suri hati, selama hayat dikandung ba dan.

Tatkala berkerut dahi memburu jawapan, lirikan mata Faiz tiba-tiba terhenti di helaian kertas tertera ‘Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah’ di meja kerja. Selepas diamati isi kandungan, resah Faiz yang berlarutan selama berminggu-minggu seakan hilang dalam sekelip mata

Tanpa berlengah, helaian kertas itu terus disemat dalam kocek. Keesokan harinya, berbaki seminggu sebelum tarikh pernikahan mereka, Faiz zahirkan hasrat pilihan hantarannya kepada Nad atau nama penuhnya, Nur Nadiah Mohamad Ridzuan.

Melihatkan mata yang membulat dan kerutan dahi Nad sebaik menatap helaian kertas itu, Faiz lantas cuba menjernihkan suasana. Akur bahawa belum ada bakal suami yang mengambil keputusan seperti itu, Faiz menyatakan bahawa asas pertama di sebalik pilihan itu dibuat, bukan kerana duit. Jauh sekali disebabkan cuba meraih laba keuntungan andai musibah menimpa.

Mukadimah sedemikian kembali mengukir seri raut wajah bujur sirih Nad. Selepas hampir setengah jam cuba mewajarkan asas keputusan, Faiz sebenarnya memilih hadiah ‘cinta suri’ kerana tiga sebab utama – agama, sayang dan masa depan.

Demi agama, sayang dan masa depan, suami hadiahkan hantaran yang buatkan isterinya terkedu tanpa kata

Agama menjadi sandaran utama kerana Islam menganjurkan keperluan menjaga maqasid syariah dan satu daripada limanya adalah melindungi nyawa. Dengan manfaat daripada caruman skim itu, perubatan dan ilat bakal isterinya akan terpelihara.

Sebab kedua, sayang yang menjadi asas untuk suami sentiasa mengambil berat akan perihal isteri. Penat, jerit, sakit dan lelahnya tidak harus dibiar sepi tanpa pengiktirafan tertinggi. Kalau bukan hadir daripada suami, siapa lagi?

Masa depan yang menjadi sebab terakhir di sebalik keputusan Faiz pula dijadikan sandaran kerana pepatah melayu ada mengingatkan: “Sediakan payung sebelum hujan”. Berbanding segelintir pria yang berusaha memberikan ‘payung emas’, buat Faiz, cukup payung tidak bersalut kilauan kuning tetapi mampu meneduhi perjalanan penuh liku mereka.

Perkongsian cerita dua hati yang bakal memateri hidup mereka menjadi satu ini memberi pengajaran berharga buat diriku.

Dan buat insan di luar sana yang meniti hari ke jinjang perkahwinan, sayangilah pasangan anda sebaiknya. Zahirkan dan hargailah mereka selagi ada kerana teman sehidup semati bukan sekadar ungkapan, tetapi tali yang mengikat jiwa hingga ke negeri abadi.

Buat sahabatku Nad, selamat pengantin baharu. I know you are in a safe hands now.

Ikhlas daripada sahabatmu, Alia.

BACA:
Berang anak kandung diganggu bapa tiri, isteri nekad kerat suami buat lauk kurma
“Kakak terfikir-fikir macam mana nak keluar dari belengu hutang, benda jadi bila kakak hafal ayat ni”
Lelaki terima duit bernilai RM38,000 hasil yang tidak dituntut dengan kerajaan, siap ajar cara sekali

Leave a Comment