TerasMalaysia

Demi mendapat tubuh yang ‘montok’, wanita jalani pembedahan payudara, tetapi hanya bertahan selama 6 jam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Demi mendapat tubuh yang ‘montok’, wanita jalani pembedahan payudara, tetapi hanya bertahan selama 6 jam

Seorang pelanggan meninggal dunia selepas enam jam menjalani pembedahan pembesaran payudara.

Sesi pembedahan itu selesai pada 23 Mac lalu, di sebuah klinik di wilayah Nonthaburi dekat Bangkok, Thailand.

Peguam bahagian undang-undang Jabatan Kesihatan, Chatri Pinyai berkata, pembesaran payudara dianggap sebagai pembedahan besar tetapi klinik itu hanya mempunyai lesen untuk melakukan pembedahan kecil.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa menuntut pampasan sebanyak 10 juta baht (RM1.29 juta) daripada klinik tersebut.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 37 tahun mula batuk selepas menjalani pembedahan pada pukul 11 malam.

Mangsa kemudian mengadu sakit belakang.

Kakak mangsa mendapati adiknya tidak sedarkan diri pada pukul 4 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Bedah siasat awal mengenal pasti terdapat pendarahan di bahagian payudara sebagai punca kematian mangsa.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada ia merupakan akibat daripada pembedahan pembesaran payudara.

Dalam pada itu, peguam turut memberitahu klinik tersebut juga mengiklankan pembedahan payudara secara haram melalui Facebook.

Menurut Balai Polis Wilayah Nonthaburi, mereka sedang menghimpunkan maklumat siasatan dan akan membentangkan penemuan kes pada Jumaat.

Sumber

Baca : Lain dari yang lain, azan di Hawaii dilaungkan oleh penduduk disana, sangat merdu!

Leave a Comment