TerasMalaysia

Demi meraih perhatian di media sosial, lelaki sanggup makan roti berintikan makanan kucing

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Demi meraih perhatian di media sosial, lelaki sanggup makan roti berintikan makanan kucing. Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat orang ramai khususnya anak muda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian serta tersenarai dalam FYP TikTok. ‘Usaha’ yang dipamerkan terkadang menyalahi etika serta membayakan diri semata-mata untuk tampil berbeza.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada seorang individu yang tampil dengan konten yang unik iaitu memakan roti dengan inti makanan kucing Whiskas.

Menerusi perkongsian, dapat dilihat lelaki ini pada mulanya membuka paket Whiskas serta diletakkan pada permukaan roti sebelum menjamahnya.

Meskipun sebelum menjamah beliau sudahpun terlihat seakan mahu muntah, beliau meneruskan untuk menjamahnya. Walau bagaimanapun, hidangannya tersebut gagal ditelan selepas beliau muntah akibat campuran dua makanan ini.

Demi meraih perhatian di media sosial, lelaki sanggup makan roti berintikan makanan kucing

Konten yang dipamerkan seperti yang dijangka telah meraih perhatian para netizen yang pelik dengan tindakan yang dilakukan. Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan turut pernah mencuba makanan kucing bagi mengetahui rasanya.

Perkongsian yang dibuat ini rata-ratanya menerima respon yang negatif daripada para netizen. Diharapkan konten pelik seperti ini tidak lagi menjadi ikutan semata-mata untuk tampil berbeza di media sosial.

@waksukak Kalau rase lapar tu boleh try ikut cara abg ni 😂😂 #fyp #fypシ #fypage #tiktokmalaysia #foryoupage #viral ♬ original sound – Wak Albauwi

BACA:
Founder terkenal tolong orang ramai untuk nama, bagitahu masa “oncall” dedah individu ini
Dari seorang pemuzik jalanan yang ‘ranggi’, kini menjadi muslimah dan tekad untuk berubah
“Jangan datang tuntut” – Lelaki terkejut jumpa barang misteri dalam bag yang dibeli, orang ramai siap bagi pendapat

Leave a Comment