Demi meraih perhatian orang ramai di media sosial, wanita berguling dan lumur muka dengan najis kuda. Tular video seorang wanita yang sanggup melumur najis kuda di muka dan badannya di tengah jalan dalam kejadian yang berlaku di Austin, Texas, Amerika Syarikat.
Wanita yang tidak diketahui identitinya itu dilihat berbaring di tengah jalan sambil berguling-guling di atas najis kuda sebelum mengambil kotoran itu lalu dilumur pada mulutnya, membuatkan orang awam yang melihat kejadian itu terkejut.
Insiden tersebut turut disiarkan secara langsung oleh orang awam melalui Facebook dan majoriti penonton berasa jijik dengan perbuatan wanita terbabit.
Apabila kehadiran orang awam semakin ramai, wanita berkenaan semakin menjadi-jadi menghayunkan tangan dan kakinya di udara seolah-olah dia sedang berenang di atas kotoran tersebut.
Sehinggalah satu saat, dia mengambil najis kuda itu lalu dilumur pada wajah sebelum dilap pada mulutnya sambil memberi senyuman yang aneh.
“Sanggup buat perkara bodoh semata-mata mahukan perhatian seluruh dunia. Jijik! Perkara ini akan menghantuinya seumur hidup!” kata netizen.
Netizen turut menyelar tindakan orang awam yang menyaksikan kejadian itu tidak melakukan sesuatu untuk menghalang wanita terbabit. Sebaliknya mereka bersorak dan menggalakkan lagi wanita itu untuk beraksi sambil membiarkan dirinya dirakam.
“Tak tahu siapa yang lebih teruk. Sama ada dia atau orang-orang awam yang merakam kejadian itu dengan telefon bimbit masing-masing,” kata netizen.