Demi reviu lelaki ini sanggup ubah ciptaan Allah

Demi reviu lelaki ini sanggup ubah ciptaan Allah

Umum mengetahui bahawa kewujudan lesung pipit di muka merupakan salah satu daya penarik atau seri muka seseorang ketika tersenyum.

Lesung pipit adalah lekukan kecil semula jadi dalam daging pada bahagian tubuh manusia, terutama di pipi atau dagu.

Baru-baru ini personaliti media sosial terkenal, Shahirfan Zamri mencuri perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik video memaparkan dia menjalani proses membuat lesung pipit di pipi.

Difahamkan, dia melakukan prosedur itu setelah menerima tawaran reviu daripada sebuah pusat kecantikan di Puchong.

Pemuda itu nekad melakukan perubahan wajah itu untuk meyakinkan penonton mengenai ulasan perkhidmatan yang dibuatnya.

@shahirfan1994

Sini boleh buat kening, merahkan bibir dan buat rambut. Nak raya dah ni korang serbu tau #salonpuchong #srbeautycare #fyp

♬ No Comment – Bunda Corla

“Saya baru buat lesung pipit di Puchong minggu lepas. Saya buat sebab hari tu reviu untuk mereka. Yang buat tu merupakan beautician profesional. Kos dalam RM200 ke RM300, mereka tengah promo raya.

“Ia dicucuk dari bahagian luar pipi, dimasukkan benang, tarik dan ikat dari dalam. Mereka letak ubat kebas kiri dan kanan, jadi saya tak rasa apa-apa. Saya juga tak dapat nak rakam keseluruhan proses tu sebab ia melibatkan darah.

“Sebagai orang yang buat reviu, saya pun kena buat, barulah orang percaya. Kalau setakat cakap je, orang tak percaya,” jelas pemuda berusia 29 tahun itu kepada mStar.

Senang disapa Irfan, dia yang berasal dari Melaka mengakui tidak menyesali keputusan itu meskipun berasa pelik melihat wajahnya sejurus menjalani prosedur berkenaan.

Malah kata Irfan yang juga seorang anak tunggal, ibunya tiada masalah selagi apa yang dilakukannya tidak melibatkan risiko nyawa.

“Saya memang tak pernah ada lesung pipit. Bila tengok mula-mula tu, rasa pelik juga. Tapi sebab benda dah buat, saya teruskan je la.

“Masa buat tu, saya juga ada buat panggilan video dengan mama. Dia positif je. Dia tahu anak dia buat reviu untuk tunjuk pada orang je.

“Selagi tak melibatkan nyawa, tiada masalah. Kawan-kawan pula, ada yang puji, ada yang kata tak patut,” ujar Irfan yang menetap di Sepang, Selangor.

Di laman TikTok, ada netizen yang memuji rupa paras Irfan selepas membuat lesung pipit.

Pada masa yang sama, ramai netizen turut mengecam tindakan itu yang dianggap melanggar hukum agama dan seolah-olah mengubah ciptaan Allah.

“Yang berkaitan hukum tu, memang saya ada baca. Komen yang baik atau buruk, saya terima seadanya. Sebab benda tu tak boleh buat, jadi saya terima dengan hati terbuka.

“Walaupun mereka kutuk, saya ambil positif je. Yang mana komen pasal jantina, pada saya sekarang dah tahun 2023. Tak ada masalah lelaki atau perempuan nak buat benda ni. Kalau berminat, kalau ada duit, boleh buat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, laman web Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa hukum lesung pipit buatan melalui proses tindikan mahupun pembedahan adalah haram.

Menurut laman web itu lagi, lesung pipit yang dibuat semata-mata bertujuan kecantikan (tahsiniyyah) adalah dilarang kerana ia mengubah ciptaan Allah yang jelas bukan pada situasi keperluan (hajiyyah).

Sumber

Baca : Pekerja ‘retail’ puas hati lepas sekolahkan pelanggan yang tanya soalan-soalan pelik masa membeli

Leave a Comment