TerasMalaysia

Denda RM10, 000, Penjara Bagi Kesalahan Merempit

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Denda RM10, 000, Penjara Bagi Kesalahan Merempit

Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mat rempit yang menunggang motosikal melulu atau berlumba haram dalam usaha membanteras kegiatan berbahaya itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, pindaan itu melibatkan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membabitkan kadar denda lebih tinggi, hukuman penjara dan sitaan bengkel yang mengubah suai motosikal mat rempit untuk berlumba haram.

Katanya, ketika ini proses untuk pindaan akta itu di peringkat Amalan Baik Peraturan (GRP) membabitkan pertemuan dan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan.

“Tindakan merempit khususnya oleh anak muda tanpa mengendahkan undang-undang hingga sanggup berlumba di jalan raya menyebabkan ada keperluan untuk menaikkan jumlah saman.

“Sebelum ini denda dikenakan hanya berjumlah RM300 menyebabkan mereka boleh bayar dan tiada kesedaran, jadi kita mencadangkan ia dinaikkan sehingga RM10,000.

“Denda dicadangkan itu, denda bukan sahaja akan dikenakan kepada mat rempit tetapi juga ibu bapa yang membenarkan motosikal mereka digunakan dan pengusaha bengkel yang membuat ubah suai itu.

“Apa yang kita lihat, kegiatan merempit ini bukan sahaja untuk kepuasan sendiri, namun bagi perlumbaan haram dan kegiatan tidak sihat,” katanya.

Kerana Laporan Palsu, Pelajar Kolej Ini Diburu Polis

Leave a Comment