”Dengan berpakaian agak comot, dia terus menangis walaupun saya cuba pujuk dia di balik pintu besi berkunci”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

”Dengan berpakaian agak comot, dia terus menangis walaupun saya cuba pujuk dia di balik pintu besi berkunci”

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang ibu apabila terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dan dalam masa yang sama mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Sebak melihat keadaan anak-anak kecil yang memerlukan perhatian serta kasih sayang, guru kepada kanak-kanak ini tampil berkongsi cerita dengan niat untuk membantu ibu muda ini.

Balik dari sek tadi, saya singgah sebentar ke supermarket untuk beli sedikit barang. Sebaik turun dari kereta saya terdengar tangisan kanak-kanak yang sangat kuat dari arah pintu rumah kedai di sebelah supermarket tersebut. Saya segera mencari dari mana datangnya suara tangisan tadi.

Saya menuju ke pintu besi di sebelah supermarket yang terdapat tangga untuk ke rumah kedai di bahagian atas deretan kedai-kedai. Sebaik menjengah ke satu celahan grill besi, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis seorang diri.

Dengan berpakaian agak comot, dia terus menangis walaupun saya cuba memujuk dari luar pintu besi yang terkunci. Rasa sedih melihatkan dia menangis keseorangan di situ. Dalam hati saya terdetik, “Mesti ni adik Aisyah.” Masih ingat lagi x kisah 5 beradik yang saya pernah ceritakan dulu?

Bagaimana seorang kakak sulung yang baru berusia 7 tahun diberi tanggungjawab untuk menjaga 4 lagi adiknya yang masih kecil ketika ibu mereka berkerja. Si ayah lari meninggalkan anak-anak tanpa perasaan belas.

Apabila saya masuk ke supermarket, kelihatan ibu kanak-kanak tersebut yang saya gelar Shima sedang menyusun barang di rak.

Segera saya bertanya,
“Shima, anak awak ke menangis kt tangga bawah tu?”
“Ya cikgu, mmg dia macam tu. Tak makan pujuk,” kata ibu muda tadi.
“Ni anak yang mana?” tanya saya.
“Yang nombor 3 cikgu.”
“Oh.. Kesiannya dia. Sedih saya tengok”
“Cikgu risau ye? Takpe, cikgu. Memang macam tu” balas Shima.
“Tak sampai hati saya, Shima. Kesiannya” jawab saya.

Kami berbual ringkas sebab saya harus bergegas mengambil anak balik dari sekolah. Sebaik keluar daripada supermarket suara tangisan tadi tak lagi kedengaran. Saya segera ke pintu besi tadi, cuba menjengah kalau-kalau anak kecil tadi masih di situ.

Sebaik menjengah ke dalam, kelihatan anak kecil tadi sedang tidur kepenatan setelah puas menangis. Meruntun hati saya melihatkan keadaan dia yang tidak terurus. Saya segera masuk semula ke supermarket tadi. Kelihatan Shima masih tekun menyusun barangan di rak.

“Shima, anak awak dah tertidur” tegur saya sebaik mendekati Shima.
“Takpe, cikg. Biar dulu. Kejap lagi saya habis kerja saya angkat. Kakaknya Aisyah tak kuat nak mengangkat adiknya naik tangga ke atas” jawab Shima sambil senyum.

Mana mungkin Aisyah boleh mengangkat adiknya, getus hati saya. Terbayang wajah Aisyah di fikiran saya. Jarang sekali melihat dia tersenyum. Wajahnya murung dan sugul. Kerap letih dan lesu serta tidak bermaya. Barangkali kepenatan memikul tanggungjawab di rumah. Seorang yang sangat pendiam dan pasif di dalam kelas.

Walaupun begitu jarang sekali dia tidak menyiapkan tugasan yang saya beri. Kadang-kadang dia tertidur berbantalkan lengan di atas meja. Tubuhnya terlalu kurus dan kecil. Pakaiannya agak comot dan kadang2 tidak berstokin.

Aisyah anak murid saya yang merupakan kakak sulung kepada budak perempuan yang menangis tadi. Baru berumur 8 tahun, sudah memikul tanggungjawab yang berat menjaga adik-adik termasuk menguruskan adiknya yang masih bayi. Sedangkan ibu pula sibuk bekerja mencari wang untuk menyara kehidupan mereka 5 beranak.

Tak mampu saya luahkan apa yang terpendam, terlalu berat apa yang dipikul ibunya. Nak menghantar anak kepada pengasuh memerlukan kos yang agak tinggi sedangkan si ibu perlukan wang untuk membayar sewa rumah, membeli barang keperluan mereka sekeluarga dan barang keperluan bayi.

Anak-anak pula terlalu kecil untuk memahami dan memikul tanggungjawab yang diberi. Zaman kanak-kanak mereka tak seindah kanak-kanak lain yang berlari bermain-main di taman, ditemani ayah tercinta yang memimpin dan memeluk tubuh mereka.

Apa yang saya tau, ibu mereka dalam proses memfailkan perceraian tetapi proses tersebut tidaklah mudah malah memakan masna yag agak panjang. Kehidupan mereka harus diteruskan walaupun tanpa yang bergelar suami dan ayah.

Baca : Penduduk PPR hias koridor macam lobby hotel, duduk luar pun dah terasa ‘vibe’ dia

Leave a Comment