TerasMalaysia

Dengan campuran bahan ‘misteri’ sayur yang layu jadi segar kembali bak bunga mekar

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Dengan campuran bahan ‘misteri’ sayur yang layu jadi segar kembali bak bunga mekar

Dalam dunia hari ini, tidak mudah untuk membezakan antara produk yang asli dan yang dipalsukan. Walau bagaimanapun, sebuah video telah tular di Twitter dan LinkedIn yang memaparkan seorang lelaki membuat demonstrasi terhadap sayur-sayuran berdaun yang sudah layu boleh kembali segar dengan mencelupkannya dalam cecair.

Dalam video yang berdurasi 1.42 minit itu, sayuran layu itu telah dicelup dalam sebatian tersebut buat seketika. Cecair yang digunakan untuk mencelup sayuran tersebut dipercayai merupakan sebatian kimia.

Kemudian, sayur yang layu tersebut diletakkan bersebelahan dengan sayuran yang kelihatan segar.

Anehnya, daun-daun yang terdapat pada sayuran yang layu itu mula ‘berkembang’ seakan-akan kelopak bunga.

Pada akhirnya, sayuran yang asalnya layu kelihatan mirip dengan sayuran segar yang diletakkan bersebelahannya.

Klip aneh tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Amit Thadhani (@amitsurg). Pengguna tersebut memaklumkan sumber asal bagi video tersebut berasal dari hantaran LinkedIn milik Devarajan Rajagopalan.

“Sangat mengejutkan. Lagi-lagi, ini sangat menakutkan. Kita tidak tahu apa yang kita makan selama ini. Lebih baik beli sayur-sayuran dari sumber yang diketahui,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Walau bagaimanapun, ada beberapa pengguna tidak terkesan dengan video tersebut

“Tiada benda yang salah megenainya! Secara umumnya, sebatian berasaskan silikon telah digunakan sebagai aditif untuk meningkatkan tahap efisisen pada serangga perosak. Ia tidak berbahaya,”

“Ia turut digunakan secara sah terhadap sayuran organik, Walau bagaimanapun, kegunaannya tidak menjadikan produk kelihatan segar,” kata seorang individu.

Sumber

Baca : Demi mendapat tubuh yang ‘montok’, wanita jalani pembedahan payudara, tetapi hanya bertahan selama 6 jam

Leave a Comment