Dengki dengan kemewahan yang dimiliki adiknya, kakak sanggup sihir ipar sampai tahap hilang nyawa
Sebab iri hati dan cemburu, sanggup darah daging sendiri sihir untuk pisahkan atau bagi porak peranda keluarga mereka.
Inilah yang berlaku dari sebuah keluarga yang mana seorang kakak sanggup sihirkan adik iparnya hanya kerana iri hati dan cemburu bila adiknya (suami) terlalu baik dan berikan apa saja untuk isterinya.
Dalam perkongsian video di tiktok, jelas sekali pengakuan kakaknya yang sanggup guna duit anak semata-mata untuk upah bomoh tersebut. Tidak cukup dengan itu, mentuanya sendiri disihir dan disantau.
Katanya, tanam banyak dalam bagi supaya iparnya meninggal. Dengan anak-anak buah pun disihirnya sebab tak suka tengok.
Walau bagaimanapun, masih belum terlambat kerana sempat berubat dan pengakuan dibuat apabila pakar perubatan tradisional ini menarik ‘sukma’ untuk bercakap dengannya sendiri.
Video bersambung-sambung ini bukan niat untuk mengaibkan keluarga ini tapi sekadar untuk iktibar dan pengajaran.
Apakah yang dikatakan SUKMA
Setiap manusia ade 7 sukma.
Kalau tarik sampai 5 sukma.. Mangsa akan gila. Kalau tarik 7 sukma terus… 100% mati.
‘Dia’ yang bercakap ni bomoh merangkap orang yang sakit hati pada dia. Kiranya dia sakit hati, dia juga bomoh.
Masalah jadi berat sebab dia berlawan dengan bomoh sendiri. Kalau orang yang mengupah sahaja, insyallah akan baik dengan izin Allah, jika orang yang upah itu dah tak berduit nak mengupah lagi?
Tapi normally, bomoh akan tanya, betul ke nak buat? Dia akan tanya..Nak bagi macam mane? Bagi mati?bagi pengajaran? Atau bagi sakit.
Sebab itulah solat/zikir penting. Hati-hati orang yang tak solat. Jika terkena sihir. Percent untuk masuk ke dalam badan 100% . Jika ada ayat pendinding, dia tetap akan kena, tapi percent dia kurang.
Sakit tetap sakit ,tapi semakin kuat benteng pendinding, dan amalkan ayat Khirzi/manzil dalam pagi & petang, Insya Allah.
Biasanye bomoh akan mula menyerang sewaktu jam 12 malam sehingga ke subuh. Hati-hati waktu ni. Ramai yang leka. Main tidur sahaja tanpa amalkan surah di bawah ini.
(Setiap kali baca, hembus nafas pada tapak tangan.. Sapukan di muka, terus ke kepala, leher belakang.. Dada, tangan sampai ke kaki)
1. Ayat kursi (1x)
2. 2 ayat akhir baqarah
3. Al Ikhlas (3x)
4. Al Falaq (3x)
5. Annas (3x)
6. Bismillah (21x)
7. Lakadjaakum (11x)
Mengucap
Orang yang hantar dia buat keje senyap-senyap, jangan makan @ minum pemberian orang sesuka hati, lagi-lagi orang terdekat.
Amalkan baca bismillah, bismillah 5, dan ayat (waya tala taf,wala yuseeran bikom ahada)
Lagi 1, nak tahu siapa sihir kita.. (amalkan 33x al kautsar, dah bace terus tidur.. jangan bercakap dengan sesuatu. Minta doa pada Allah tunjukkan siapa muka yang jelas, siapa yang mengupah bomoh.. Insyallah jelas mukanye dalam mimpi.
Baca : Ibu terkejut anak mengadu ‘anu’ dipegang orang tak dikenali masa basuh tangan di sebuah restoran