TerasMalaysia

Derita Bekerja Sebagai ‘Scammer’ Di Myanmar Didedahkan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Derita Bekerja Sebagai ‘Scammer’ Di Myanmar Didedahkan

Baru-baru ini warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan di Myawaddy, Myanmar selamat dibawa pulang ke Malaysia.

Salah seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Muhamad berusia 19 tahun mendedahkan kehidupannya di sana ibarat ‘neraka’ kerana sering dipukul dan dibiarkan kelaparan.

Muhamad menceritakan dia dipaksa menjadi ‘love scammer’ dari Eropah di sebuah lokasi dikenali sebagai KK Garden yang disifatkan sebagai ‘bandar dystopian’ dengan tembok setinggi empat meter, dikepung dengan dawai berduri serta dikawal ketat oleh pengawal bersenjata.

Pemuda ini pada awalnya mendapat tawaran pekerjaan sebagai seorang pembantu rumah dengan gaji yang lumayan di Singapura menerusi media sosial bersama empat lagi orang rakannya.

Namun setibanya di sana, pihak ejen memaklumkan tiada kekosongan pekerjaan dan menawarkan mereka bekerja sebagai pembantu rumah di Thailand pada bulan September lalu.

Namun setibanya di sana, pihak ejen memaklumkan tiada kekosongan pekerjaan dan menawarkan mereka bekerja sebagai pembantu rumah di Thailand pada bulan September lalu.

Sekelip Mata Hilang Tempat Berteduh, Rumah Diroboh Tanpa Notis

Leave a Comment