Dewan majlis kahwin jadi huru-hara, api menyala dari siling dan merebak ke semua tempat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Dewan majlis kahwin jadi huru-hara, api menyala dari siling dan merebak ke semua tempat.

Sebuah perkahwinan bertukar tragedi selepas bangunan dewan majlis kahwin terbakar akibat percikan bunga api di wilayah Nineveh di utara Iraq.

Dewan majlis terbakar di utara Iraq


Insiden berlaku di Dewan Perkahwinan Al Haythan di daerah Al-Hamdaniya yang dihadiri 800 tetamu itu telah mengorbankan 113 orang dan 150 lagi cedera.

Memetik laporan Al Jazeera, tragedi tersebut berlaku disebabkan percikan bunga api selain binaan struktur bangunan yang mudah terbakar.

Difahamkan, kebakaran berlaku ketika pasangan pengantin sedang menari seperti mana ditunjukkan menerusi rakaman kejadian yang tular di media sosial. Orang ramai juga dilihat lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri selepas melihat api yang kian marak.

Dewan majlis kahwin jadi huru-hara, api menyala dari siling dan merebak ke semua tempat

Majlis kahwin tersebut dipercayai terbakar pada jam 10.45 malam di kawasan yang didominasikan penduduk beragama Kritian di luar bandar Mosul.

“Tiada maklumat rasmi mengenai punca kebakaran. Tetapi rakaman video menunjukkan api menyala dari siling dewan sambutan ketika bunga api dinyalakan di tengah-tengah lantai tarian,”lapor Al Jazeera.

‘Sandwich panel’ bangunan dewan kahwin tak tepati kriteria
Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Saad Maan berkata, laporan forensik menyatakan bangunan tersebut dibina dengan bahan tidak berkualiti dan mudah terbakar.

Ketua Komando Operasi Nivenveh, Abdullah al-Jabouri berkatam pasukan keselamatannya juga telah menahan lebih daripada dua orang yang dikaitakn dengan operasi dewan berkenaan.

“Laporan menyatakan ia berpunca daripada kekurangan langkah keselamatan.


“Bahagia luar dewan perkahwinan itu ditutup dengan pelapisan panel sandwich yang sangat mudah terbakar dan kos rendah yang menyalahi undang-undang di negara ini.

@c4news

Mourners have gathered in Hamdaniya, Iraq to bury their loved ones after a wedding hall blaze killed more than a 100 people and left 150 others injured. The Iraqi interior minister said 14 people including the owners of the wedding hall have been arrested. #Iraq

#Nineveh #Hamdaniya #Qaraqosh #Iraqwedding #Fire #channel4news

♬ original sound – Channel 4 News


“Bahan-bahan itu runtuh dalam beberapa minit selepas kebakaran berlaku,”katanya.

Pakar berkata panel sandwic yang lebih murah ini tidak memenuhi piawaian keselamatan dan amat berbahaya sehingga boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran.

Sebelum ini, kejadian seperti itu pernah berlaku di Iraq pada Julai 2021 dan telah mengorbankan hampir 100 orang kerana ‘sandwich panel’ yang tidak menepati kriteria ditetapkan.

Tak nak datang kenduri kahwin


Tragedi tersebut juga menyebabkan salah seorang mangsa terselamat tetap pendirian dengan mengatakan dirinya akan berkahwin secara sederhana di gereja sahaja, selain enggan hadir ke mana-mana majlis perkahwinan.

“Anak lelaki saya beritahu, jika dia kahwin, dia tidak mahu mengadakan majlis seperti itu. Cukuplah cuma majlis perkahwinan di gereja sahaja,”ujar Faten Youssef, salah seorang mangsa terlibat.

SUMBER

BACA:
Bengang main telefon sampai habis data, ibu tak dapat kawal marah simbah air panas dekat anak
Lelaki sangka patung ‘teddy bear’ yang dibeli ada unsur mistik, mempunyai tarikh di kaki dan bungkusan pelik dalam badan
Tuduhan tak berasas dan menjatuhkan maruah, Ammar Nazhan minta pihak tak bertanggungjawab tampil tunjuk muka

Leave a Comment