”Dia buat macam dah goreng”, ramai hilang selera lepas tengok video lelaki makan ayam mentah
Seorang lelaki yang selamba menjamah ayam mentah ketika membeli-belah di Westfield, Adelaide berjaya dirakam kamera CCTV.
Lelaki itu dapat dilihat sedang makan peha ayam mentah ketika menaiki eskalator di Westfield Marion di Oaklands Park, di selatan Adelaide.
Ramai netizen yang geli dengan tindakan lelaki tersebut menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatannya.
Ianya kerana ayam mentah adalah antara penyebab kepada keracunan makanan.
Sumber protein harus dimasak dengan sempurna
“Makanan mentah seperti unggas mungkin mengandungi bakteria berbahaya termasuk salmonella, listeria, campylobacter dan E.coli yang mampu menyebabkan keracunan makanan,” kata pihak berkuasa makanan NSW yang memberi amaran.
“Pastikan daging dan ayam cincang dimasak dengan sempurna. Masak ayam, daging cincang dan sosej sehingga masak secara keseluruhannya. Pastikan tiada bahagian berwarna merah jambu kelihatan,” tulis NSW lagi.
Video berkenaan tindakan lelaki itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Mereka turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap lelaki terbabit.