TerasMalaysia

Dia buat macam tak ada benda, padahal tengah melantak maggie ‘pedas giler’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Dia buat macam tak ada benda, padahal tengah melantak maggie ‘pedas giler’

Isu monyet dan beruk yang berkeliaran mencari makanan di kawasan taman perumahan bukanlah satu perkara baharu. Tetapi, hakikatnya ia bukanlah salah mereka. Manusia kebanyakan merampas habitat mereka dan menjadikan ia kawasan pembangunan.

Seperti perkongsian sebuah video di TikTok yang tular minggu ini, ia memaparkan seekor monyet sedang makan dengan penuh selera sebekas Maggi Pedas Giler perisa ayam bakar. Tidak dapat dikenal pasti, mungkin monyet tersebut merampas atau diberi maggi tersebut daripada seseorang.

Untuk makluman, mi segera tersebut memiliki rasa yang sangat pedas dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak dapat menahan tahap kepedasan tersbeut.

Namun, monyet tersebut kelihatan selamba dan tidak menunjukkan reaksi pedas ketika menjamah mi tersebut dengan begitu berselera.

Tetapi, gelagatnya mencuri tumpuan ramai apabila dia begitu berselera memakan maggi dengan lahapnya. Reaksi monyet tersebut seperti kelaparan yang amat sangat.

Sumber

Baca : Sedang asyik menjamah tiram yang dipesan, wanita ini terkejut jumpa mutiara

Leave a Comment