TerasMalaysia

Didakwa curang dengan bekas kekasih, Syamsul Yusof fail nusyuz terhadap isteri pertamanya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Didakwa curang dengan bekas kekasih, Syamsul Yusof fail nusyuz terhadap isteri pertamanya

Kisah konflik rumah tangga di antara pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana seakan tidak berkesudahan selepas kini giliran Syamsul pula memfailkan permohonan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam (21 Mac).

Pengarah filem yang berusia 39 tahun itu mendakwa isterinya berlaku curang bersama lelaki lain.

@amin_hazlan

Syamsul Yusof dakwa Puteri Sarah curang dengan suami orang, fail nusyuz pada petang Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Selangor. #fyp #berandatiktok #syamsulyusof

♬ original sound – Amin Hazlan – Amin Hazlan

“Tiada suami dalam dunia ini yang boleh terima isterinya curang dengan lelaki lain,” demikian katanya.

Difahamkan, Syamsul yang diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan nusyuz pada jam 3.10 petang semalam.

Menurut Syamsul, dia memfailkan tuntutan nusyuz itu adalah untuk menyelamatkan rumah tangganya dan bukanlah berniat untuk membalas dendam.

Lebih mengejutkan, Syamsul mendakwa bahawa lelaki yang menjalinkan hubungan bersama Puteri Sarah adalah suami orang.

“Dia bukan pelakon, orang biasa ketika belajar di kolej. Jadi, saya tidak mahu orang salah faham.

“Siapa boleh terima bila mengetahui isteri menjalinkan hubungan dengan suami orang. Dan benda ini timbul bukannya sebab saya mahu ‘membantai’ Puteri Sarah, tetapi selagi saya diam, lagi teruk,” katanya.

Jelasnya, dia seboleh-bolehnya tidak ingin berbuat demikian, namun terpaksa lakukan juga selepas dakwaan yang dilemparkan oleh Puteri Sarah terhadap dirinya.

“Selama ini, saya banyak berdiam dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga. Iyalah, tak elok nak berkongsi semua benda dalam kain kepada umum.

“Orang tahu saya diam walaupun apapun Puteri Sarah muat naik dalam laman sosial Instagram (IG). Saya tak mahu berkongsi soal rumah tangga, namun sekarang baru saya faham kenapa orang cakap jangan masuk campur urusan rumah tangga orang.

“Pasal saya dan Puteri Sarah orang tak tahu apa yang berlaku. Mungkin hanya mendengar sebelah pihak terus menghakimi, saya pun tak nak melatah,” katanya lagi.

Syamsul juga mengatakan bahawa ibu bapanya tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi.

Sementara itu, peguam Syamsul berkata Puteri Sarah terlibat dalam tuntutan nusyuz atas beberapa alasan dan tarikh sebutan semula kes ini adalah pada 6 April depan.

“Hari ini, Syamsul memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah. Kami berusaha mendapatkan kebenaran menyerahkan saman memandangkan dia tinggal di Wilayah Persekutuan.

“Jadi, kami akan serahkan saman ini kepada Puteri Sarah dalam masa terdekat ini. Tarikh seterusnya, 6 April depan. Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz kerana beberapa alasan dinyatakan dalam tuntutan,” kata Azmi.

Antara alasan yang dinyatakan oleh Azmi adalah seperti Puteri Sarah meninggalkan rumah kediaman mereka bersama sejak Oktober 2020 dan masih menghubungi bekas kekasih.

Selain itu, alasan lain yang dinyatakan adalah Puteri Sarah enggan mematuhi notis nusyuz dan sudah membuat fitnah terhadap suaminya seperti memukul serta tidak memberi nafkah.

Sumber

Baca : Jepun cipta air mata ‘clone’, cegah masalah mata kering dan merah

Leave a Comment