Dihalau turun dari pesawat gara-gara anak menangis tak henti, lelaki rakam detik yang berlaku. Seorang penumpang pesawat berkongsi pengalaman mengecewakan ketika menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan tambang murah bersama isteri dan anak-anak pada Rabu lalu.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Fear Dawooz berkata, insiden berlaku sepanjang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2), Sepang.
Selepas dimuat naik sejak 14 jam lalu, hantaran tersebut menerima 10,000 tanda suka dan 6,300 komen selain dikongsi semula sebanyak 24,000 kali dalam kalangan netizen.