TerasMalaysia

Dikenali dengan nama ‘Raja Motor’, rakan seperjuangan datang beri penghormatan terakhir sambil rem sekuat hati

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Dikenali dengan nama ‘Raja Motor’, rakan seperjuangan datang beri penghormatan terakhir sambil rem sekuat hati. Apabila seseorang itu meninggal dunia, pastinya kita akan melawat jenazahnya sebagai tanda penghormatan terakhir sebelum disemadikan, lebih-lebih lagi jika si mati itu terkenal atau ada memberikan sumbangan kepada orang ramai.

Kebiasaanya, kita akan menjenguk jenazah itu dan jika ada peluang, dapatlah kita mengucup dahinya buat kali terakhir. Tetapi dalam satu kawasan perkampungan di negara jiran, Indonesia ini, lain pula caranya, ianya tular menerusi satu rakaman video berdurasi 1 minit.

Dalam video tersebut, dikatakan si mati itu mendapat gelaran ‘raja rem’ sepanjang masa dia hidup, oleh sebab itu, keranda jenazah diletakkan di tepi jalan lorong rumah disamping barisan penunggang motosikal menunggu giliran untuk membuat aksi rem sambil lalu disebelah jenazah itu.

Dikenali dengan nama 'Raja Motor', rakan seperjuangan datang beri penghormatan terakhir sambil rem sekuat hati

Dikatakan ia adalah satu tanda penghormatan, dapat dilihat salah seorang penunggang motor itu begitu beremosi sampai menangis memegang keranda sambil melakukan rem sekuat hati.

Video tersebut telah dikongsikan di Twitter dan mengundang pelbagai reaksi netizen, ada diantara mereka yang pelik, ada yang anggap ia lucu dan ada juga yang terkejut apabila melihatnya.

BACA:
Mana yang pernah pergi haji dan umrah mesti perasan tak ada
pesawat lintas atau lalu, ini puncanya
Tuala wanita sana-sini, makanan tidak dibuang dan basuh, hos AirBNB kecewa penyewa ‘lepas tangan’
“Selama 3 tahun aku kahwin dia layan aku macam permaisuri, benda ni terbongkar masa aku jaga dia ketika dia diserang strok”

Leave a Comment