Dipaksa buat hubungan luar tabii dekat pondok kebun sayur, lelaki OKU ini jadi tak keruan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) menjadi mangsa serakah seks luar tabii seorang lelaki yang dipercayai memperdaya untuk menghantarnya pulang ke rumah dalam kejadian di Batu Gajah dekat Ipoh, Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 28 tahun bagaimanapun dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah pondok kebun sayur.
Ketua Polis Batu Gajah, Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia 36 tahun memperdaya mangsa yang juga OKU lemah intelektual kononnya mahu menghantarnya pulang, kira-kira 4 petang.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.32 petang Ahad lalu sebelum tindakan lanjut diambil.
“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan pada pukul 11.30 pagi Isnin lalu oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah dan turut merampas sebuah kereta serta telefon bimbit.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan suspek akan direman selama 5 hari bermula semalam (Selasa) hingga 6 Mei ini.