Disebabkan hal tu isteri simbah air panas di alat sulit suami

Disebabkan hal tu, isteri simbah air panas di alat sulit suami

Seorang wanita ditahan kerana menyimbah air mendidih pada kemaluan suaminya yang berusia 45 tahun kerana bermimpi wanita lain ketika sedang tidur.

Kejadian mengejutkan itu berlaku minggu lalu di bandar La Paz, Bolivia. Menurut keterangan isteri, suaminya yang berusia 45 tahun sedang tidur dan didakwa menyatakan cintanya kepada wanita lain dalam tidurnya.

Berang dengan kejadian itu, wanita itu pergi ke dapur, membawa periuk air mendidih dan kemudian menyimbahkan air panas tersebut ke arah alat sulit suaminya.

Dalam pada itu, pihak polis menyatakan bahawa mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur tahap dua pada alat sulit, bahagian belakang badan serta lengannya.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada lelaki tersebut yang melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis atau jeritannya itu didengari oleh jiran-jirannya.

Menurut TN International, pihak berkuasa tempatan telah memulakan sisatan berhubung kes tersebut.

Timbalan Pengarah Pasukan Pelawan Jenayah Khas, Juan Jose Donaire berkata, ini bukan kali pertama lelaki berusia 45 tahun itu didera isterinya.

“Dalam kes sebelum ini, wanita itu pernah dilaporkan menyiram badan suaminya dengan alkohol dan mencuba untuk membakarnya.

“Tidak dapat dipastikan berkenaan apa yang telah dilakukan oleh suaminya itu pada kali pertama sehingga wanita itu nekad bertindak sedemikian.

“Namun, apa yang saya boleh katakan adalah dia telah bertindak secara berlebihan pada kali ini,” ujar Jose.

Baca : “Aku masuk dalam lif, tiba-tiba dia terbuka dekat tingkat 13, berderau jantung aku lepas lif tu terbuka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *