TerasMalaysia

Disebabkan kari ayam, anak maut dipukul bapa

Disebabkan kari ayam, anak maut dipukul bapa

Seorang anak dipercayai maut selepas dipukul menggunakan objek kayu oleh bapanya sendiri hanya disebabkan kari ayam dalam kejadian di Karnataka, India pada Selasa.

Kejadian tersebut berpunca daripada pertengkaran antara kedua beranak ini selepas mangsa yang baru pulang ke rumah mahu menjamu selera namun dia mendapati hidangan kari ayam tersebut sudah habis dijamah bapa.

Mangsa kemudian memarahi bapanya sehingga berlakunya pertengkaran mulut. Pertengkaran tersebut akhirnya membawa kepada serangan fizikal dan suspek bertindak ganas dengan mencapai kayu dan memukul anaknya sehingga mati.

Susulan daripada itu, suspek yang merupakan warga emas telah ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa dengan tuduhan membunuh.

Sumber

Baca : Pokok ini mengalirkan air dari celah badannya macam air terjun, sampai banjir tempat tu

Leave a Comment