Disebabkan perut yang buncit, pemuda ini tersekat dan terselamat dari jatuh dalam lubang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Disebabkan perut yang buncit, pemuda ini tersekat dan terselamat dari jatuh dalam lubang. Buat mereka yang menjaga kesihatan, tidak kiralah mereka yang mempunyai tubuh badan kurus mahupun berisi, lemak terutamanya di bahagian perut adalah antara perkara yang ditakuti mereka.

Namun siapa menyangka, lemak yang terdapat di perut atau bahasa mudahnya bentuk perut buncit yang tidak disukai ramai telah menyelamatkan seorang lelaki dari terjatuh kedalam sebuah perigi.

Kejadian di Wilayah Henan, Beijing, China difahamkan berlaku disekitar 6 petang apabila lelaki berkenaan sedang membuang sisa kayu dan barangan lama ke dalam perigi tersebut yang kini sudah tidak digunakan lagi.

Memetik Era, lelaki berkenaan Liu, 28 tahun dengan badan seberat 120KG ditemui tersangkut pada tebing perigi sekitar jam 6 petang, sebelum orang ramai menghubungi pasukan penyelamat bomba untuk membantunya.

“Perigi itu sebenarnya kering sejak beberapa tahun lalu dan digunakan sebagai tempat membuang sampah oleh keluarga itu.

Disebabkan perut yang buncit, pemuda ini tersekat dan terselamat dari jatuh dalam lubang

“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam perigi tersebut semasa mahu membuang sampah,” kata salah seorang anggota penyelamat.

Perkara sama turut dikongsikan ibu bapanya kepada media tempatan.

Dalam usaha mengeluarkannya pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali yang kemudiannya yang dililit dan diikat pada badan Liu sebelum dia ditarik keluar.

Disebabkan perut yang buncit, pemuda ini tersekat dan terselamat dari jatuh dalam lubang

Liu yang kelihatan tenang malah santai dengan tangan yang bersilang dan berpeluk tubuh kemudiannya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan serius sebaliknya hanya goresan kecil pada bahagian kulit perut.

BACA:
Ibu terkejut tengok kesan calar dan luka dekat muka anak lepas balik ambil dari taska
Gadis buat perangai di Kota Bharu masa tengah malam, selamba pakai seksi sambil ‘catwalk’ tepi jalan
Individu jadi kaya lepas jumpa wang berjumlah RM262,454 dalam tibunan sampah disebuah permis

Leave a Comment