Doktor salah guna kuasa rakam gambar bogel pesakit untuk buat koleksi lucah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Doktor salah guna kuasa rakam gambar bogel pesakit untuk buat koleksi lucah

Seorang pakar psikiatri di Noida, India, ditangkap kerana didakwa merakam gambar lucah beberapa pesakit wanita semasa pemeriksaan perubatan mereka.

Polis menemui sejumlah gambar tidak senonoh dalam komputer doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr. Gurdeep Singh. Dia ditahan selepas polis menerima aduan daripada keluarga salah seorang gadis terbabit.

Keluarga itu mendakwa suspek merakam gambar ‘tidak sesuai’ anak perempuan mereka semasa dia melakukan rawatan. Suspek juga didakwa cuba memeras ugut mereka menggunakan gambar tidak senonoh tersebut.

Menurut polis, doktor itu selalunya melakukan komunikasi dengan pesakitnya secara online, namun dia kadang-kadang menjemput mereka ke kliniknya untuk melakukan pemeriksaan.

Semasa lawatan itulah, dia didakwa merakamkan gambar lucah mangsa.

Pasukan forensik polis masih memeriksa sistem komputer suspek dan cuba mendapatkan semula data tambahan.

Polis memfailkan kes terhadap doktor berkenaan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Jenayah Seksual (POCSO).

Baca : Pesara guru nyaris mati tertelan gigi palsu

Leave a Comment