TerasMalaysia

Doktor temui cacing parasit dalam otak pesakit umur 64 tahun, alami sakit perut, muntah dan kerap berpeluh malam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Doktor temui cacing parasit dalam otak pesakit umur 64 tahun, alami sakit perut, muntah dan kerap berpeluh malam.

Di Australia, seekor cacing parasit ditemui hidup dalam otak seorang wanita yang berusia 64 tahun selepas mengalami beberapa simptom.

Memetik laporan The Guardian, penyelidik mendapati cacing parasit yang berukuran lapan centimeter itu adalah penemuan pertama di dunia.

Dikatakan, pesakit wanita itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut dan cirit-birit selama tiga minggu serta mengalami batuk kering yang berterusan, demam dan berpeluh pada waktu malam.

Doktor temui cacing parasit dalam otak  pesakit umur 64 tahun, alami sakit perut, muntah dan kerap berpeluh malam

Susulan itu, pesakit dihantar untuk membuat imbasan pada bahagian otak, kemudian saintis membuat hipotesis bahawa seekor ular sawa berkemungkinan telah menumpahkan parasit melalui najisnya ke dalam rumput.

Mereka percaya pesakit mungkin dijangkiti parasit daripada menyentuh rumput asli dan telur berpindah ke makanan atau selepas pesakit makan sayur-sayuran.

Di fahamkan, wanita itu semakin pulih dan masih di dalam pemantauan secara berkala.

3 pelajar cekik rakan sampai mati lepas wang tebusan untuk beli komputer tidak ditunaikan
Mawla Muhammad disambut meriah di Melaka, lengkap berbaju melayu dan bertanjak
Lelaki ‘matsaleh’ ini jadi perhatian rakyat Malaysia, memiliki koleksi kereta Proton Saga yang unik dan jarang dijumpai

Leave a Comment