TerasMalaysia

Doktor terkejut jumpa botol minyak rambut lepas bedah perut lelaki berumur 55 tahun

Doktor terkejut jumpa botol minyak rambut lepas bedah perut lelaki berumur 55 tahun. KEJADIAN yang tidak tercapai dek akal.

Sungguh mengerikan apabila botol plastik dikeluarkan daripada perut seorang lelaki di India melalui pembedahan.

Lelaki berusia 55 tahun dari Madhya Pradesh itu dipercayai menelan objek berkenaan.

Doktor terkejut jumpa botol minyak rambut lepas bedah perut lelaki berumur 55 tahun

Objek itu tersangkut di dalam perut lelaki terbabit hingga menyebabkan pembedahan segera perlu dijalankan untuk menyelamatkan nyawa.

Dr Manoj Chowdhary mengeluarkan botol pada 16 Mei dan pesakit itu kini ditempatkan di bawah pemerhatian.

Gambar selepas pembedahan menunjukkan objek itu adalah botol minyak rambut Nihar Shanti Amla berwarna hijau.

Sementara itu, hasil ujian imbasan X-ray mendapati ada botol di dalam perutnya sebelum doktor mengambil tindakan lanjut.

Masih tidak jelas sama ada lelaki itu menelan botol itu dengan sengaja dan butiran lanjut belum dikeluarkan kerana kerahsiaan pesakit.

Doktor terkejut jumpa botol minyak rambut lepas bedah perut lelaki berumur 55 tahun

Ia berkemungkinan dicetuskan kerana gangguan psikopatologi yang membabitkan cubaan menelan objek bukan berkhasiat untuk menyebabkan kecederaan diri.

Ia paling kerap dikaitkan dengan gangguan personaliti sempadan (BPD).

BACA:
Rupanya jalan cerita Lagi-Lagi Senario dibikin berdasarkan apa yang berlaku pada tahun 1997
Mahu sedekah makanan pada gelandangan Jepun, Elbit Lew muncul dalam video Bayashi di Instagram
Pelik penyewa ‘hilang’ secara tiba-tiba, tak sangka ini yang pemilik rumah jumpa masa ‘spotcheck’

Leave a Comment